Saturday, December 31, 2011

~ YEAR 2011~ Cerita Alwis ~

Agaknya nie kali pertama ak tulis dalam blog nie untuk tahun nie dan harinie adalah hari terakhir untuk tahun 2011. Kat sini alwis nak cerita (" ceh2 alwis en..haha..nie jangkit penyakit kawan ak nie syaz " } ok so in 2011 i think is the most interesting year because it is the year that is non of my previous year. Why is it different??? hmmmm?? nak tahu kenapa beza, sebab tahun nie alwis mula memijak kaki ke universiti kalau tak tiap tahun sejak 2000 sampai 2010 pegi sekolah je...balik2 sekolah, bkan nak kata sekolah x best tapi dah tu rutin tahunan. Jadi pada tahun 2011 alwis diterima msuk ke Asasi Sains Pertanian ,UPM. Dekat sini alwis dapat satu pengalaman yang sangat unik. contohnye tinggal kat kolej, (hehehe..duduk kolej ke duduk rumah??, maklumlah rumah dekat en ): jwapannye dua2...pertama sekali tinggal kat kolej nie memang best. Byk bende baru yang kita boleh belajar. lebih2 lagi cara pengurusan diri. Kat sini alwis kenal ramai kawan yang bru yg dari pelbagai negeri ,umur dan latar belakang yang berbeza dan menarik. Tahun nie juga alwis belajar untuk menjadi pelajar Universiti. Memang satu pengalaman yang lain, pegi balik kelas yg memang memenatkan (nasibla ade kereta untuk memberikan sokongan. terima kasih keretaku ) dengan lecturer yang pelbagai karekter..haha...walaupun banyak perkara menarik berlaku tetapi ade juga yang tak menarik tapi tak perlu la untuk diceritakan. Tapi ape yang menariknya tentang tahun nie ialah ia tahun yang banyak mengajar alwis tentang kehidupan dan nikmat yang ALLAH S.W.T telah berikan bukan sahaja kepada alwis tetapi kepada kita semua. Hidup nie indah sebenarnya kalau kita betul2 buka mata kita. Bangun pagi dan nikmati keindahan embun pagi dan juga udara yang segar adalah salah satu contoh. Bukan itu je kita ada keluarga yang sentiasa menyanyangi kita walau ape jua keadaan kita dan paling pentng kita masih lagi Islam. Jadi alwis rasa ape yang telah diberikan ialah satu nikmat yang tak boleh dipertikaikan. Hidup kita akan menjadi indah jika kita berikan peluang pada diri untuk merasai keindahan dunia pada masa yang sama jgn lupakan akhirat. Kalau ade saat dalam hidup yang terasa susah, ingatlah bahawa ALLAH S.W.T sedang menguji kita agar kita dapat lebih dekat denganNYA. Walaupun kadang2 rasa nak berputus asa tapi ingatlah bahawa jika kita berputus asa kita tak akan sampai kemana mana. Cabaran merupakan sesuatu yg akan meberikan perasa kepada kehidupan kita jika dapat ditangani. Mungkin kadang2 kita x dapat ape yang kita nak tapi ape yang kita perlu. Itu sedikit sebanyak yang dapat alwis belajar pada tahun 2011. Itulah serba sedikit tentang kehidupan alwis pada 2011. Jadi untuk tahun 2012 alwis harap dapat meperbaiki diri sendiri . Sekian itu sahaja. terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca blog alwis. Semoga Allah permudahkan hidup dan memurahkan rezeki anda semua. END 2011.

No comments:

Post a Comment